KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) --
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs)
sekali lagi memohon supaya kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan
bonus kepada kira-kira 1.2 juta penjawat awam di negara ini.
Presidennya,
Omar Osman berkata berdasarkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK) yang menunjukkan peningkatan sebanyak 10.5 peratus tahun ini,
beliau yakin kerajaan mampu berbuat demikian.
"Pertumbuhan KDNK
negara kita telah melonjak kepada 10.5 peratus dan keadaan ekonomi
negara sedang mantap, jadi tidak mustahil perkara itu (bonus) dapat
dilaksanakan.
"Kita turut menghantar satu telegram kepada Perdana
Menteri petang ini bagi menyatakan hasrat kita (supaya) dapat berjumpa
beliau dengan harapan kerajaan dapat mempertimbangkan semula pemberian
bonus itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat
Khas Majlis Kongres Cuepacs kali ke-11 di Wisma Cuepacs hari Selasa.
Seramai
135 perwakilan kongres, termasuk dari Sabah dan Sarawak, menghadiri
mesyuarat yang berlangsung selama dua jam itu.
Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2011 di Dewan Rakyat
Jumaat lepas, tidak mengumumkan bonus kepada kakitangan awam, sebaliknya
memberi bantuan kewangan khas sebanyak RM500 bagi Gred 54 dan ke bawah,
termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan, bagi menampung
perbelanjaan persiapan sekolah.
Omar berkata tuntutan pemberian bonus
telah dibuat sejak beberapa tahun lepas, namun ditolak kerana keadaan
ekonomi yang tidak menentu ketika itu.
Beliau yang berterima kasih di
atas pemberian bantuan kewangan khas itu, masih berharap kerajaan dapat
memberikan sekurang-kurangnya sebulan bonus.
Ditanya mengenai
pemansuhan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang akan digantikan dengan
sistem penilaian baru, Omar berkata, Cuepacs menyambut baik pengumuman
itu, namun berharap mereka akan dipanggil berbincang mengenai
penggubalan sistem baru tersebut.
"Kita berharap pada Julai 2011
nanti, sistem penilaian baru yang baik dapat diwujudkan, dan wakil dalam
Cuepacs turut dipanggil bagi berbincang apakah sistem yang terbaik bagi
penambahbaikan dalam perkhidmatan awam pada masa kini," katanya.
Beliau
turut menjelaskan bahawa PTK yang bakal diadakan bulan ini, tetap
diteruskan sehingga satu sistem penilaian baru diwujudkan pada Julai
tahun depan.
-- BERNAMA
Pada aku la kan
1. Bravo cuepacs, teruskan perjuangan...kalau tak hasil pengorbanan kakitangan awam ni, tak mungkin KDNK negara melonjak smpi 10.5 peratus tu.
Takyahla minta bonus bro. Kakitangan awam pun blum semuanya efisyen lagi. Asyik duk opis main fesbuk. Yg kerja mcm nak gila kt opis tu turut dicop jugak main fesbuk walaupun takde kena mengena pun.
ReplyDeleteuntuk pengetahuan saudara, facebook telah di blok oleh firewall di kementerian2 dan jabatan,dan hanya di benarkan bermain facebook sebelum jam 8pagi/waktu rehat 1pm-2pm dan selepas pukul 5 sahaja..
ReplyDeleteefisyen atau x efisyen tu perkara no. 2,yg penting kakitangan awam buat kerja serta menjalankan amanah untuk agama, bangsa dan negara.apa salahnya kakitangan awam ni meminta sedikit ganjaran diatas segala kerja mereka jalankan selama setahun bekerja...
nak banding gaji kakitangan awam dan swasta, sangat jauh ketinggalan kakitangan awam ni..so, apa salahnya kalau dapat bonus sebulan gaji sekurang2nya dapatlah menampung perbelanjaan anak2 sekolah/rotax kereta dan sebagainya.
hargailah pengorbanan mereka ini, kerana merekalah yang selama ini memastikan pentadbiran negara berjalan dengan baik.