www.advertlets.com

Wednesday, October 27, 2010

MANUAL PENGGUNAAN E-PENYATA GAJI

Assalamualaikum,

Bermula dari bulan November, kakitangan awam dikehendaki menyemak dan mencetak sendiri slip gaji mereka secara online dimana tidak seperti sebelum ini, unit kewangan kementerian/jabatan masing-masing yang mencetak dan mengedarkan slip gaji kepada kakitangan awam dibawah kelolaan nyer. perkara ini disambut baik kakitangan awam kerana peredaran masa yang mengkehendaki kakitangan awam menggunakan komputer dan internet sepenuhnya

p/s : yang pasti lepas print slip gaji kene kasi cop pengesahan k.

Berikut merupakan langkah-langkah menggunakan e-penyata gaji & jika mahu akses lebih cepat terus klik url pada langkah 3;

1. masuk http://www.anm.gov.my/
2. klik pada e-penyata gaji dan laporan melalui http://www.anm.gov.my/public_html/bm/default/epenyata.php
3. klik pada akses sistem http://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/Layouts/Login/Login.aspx



4. jika baru pertama kali , klik pada pertama kali mendaftar dan isi ruang yang telah disediakan



5.  Jika berjaya paparan seperti berikut akan dipaparkan dan klik pada button daftar masuk


 6. Sesudah mendaftar anda boleh log masuk menggunakan no. kad pengenalan dan password yang telah dimasukkan tadi.

 

7.selepas log masuk berjaya paparan profile akan terpapar dan klik pada penyata gaji - sendiri





8. Seterusnya anda boleh memilih penyata gaji/slip gaji yang ingin dilihat. Berikut contoh penyata gaji yang boleh dimuat turun dari aplikasi e-penyata gaji. KLIK PADA TARIKH PENYATA GAJI


9.Save fail atau open with




9.dan akhir sekali anda boleh lihat slip gaji anda dan terus print/cetak slip gaji.




Selamat beramal :) 

Friday, October 22, 2010

KEHIDUPAN BANDUAN AKHIR - tunggu masa untuk ke tali gantung



APABILA RAYUAN BANDUAN DITOLAK
Di Penjara Kajang umpamanya banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan.

Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas.

Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.

Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman di mana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara 5.30 pagi hingga 6.30 pagi.

'Kita diberi satu jam untuk laksanakan hukuman. Untuk banduan beragama Islam biasanya kita akan jalankan hukuman gantung ini pada hari Jumaat, selepas solat subuh. Bagi yang bukan Islam, waktunya lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza,' kata Samuel.

Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.

'Biasanya banduan akhir ini akan tahu apabila dia dibawa keluar dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat, dia tahu keesokan harinya sesuatu yang buruk akan berlaku (dia akan digantung),' kata Samuel.

Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk 'perjumpaan terakhir.'

Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini.

Banduan juga diberi pilihan untuk 'hidangan terakhir' bernilai RM7.50.
 

HARI PENGGANTUNGAN
Menurut Samuel, kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung 'poie dengan rela' setelah menunggu begitu lama untuk hukuman dilaksanakan.

'Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi agresif sehingga ke saat-saat terakhir.

' Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak tahan lagi menunggu,' katanya.

Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.

'Jangan ikut tabiat buruk ayah' antara kata-kata terakhir seorang banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat.

Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari hukuman.

' Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai kasut berharga RM300. Mati penuh gaya . Banduan itu kata dengan jenaka,' cerita Samuel.

Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan dilaksanakan.

BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG
Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara automatik renggang sepenuhnya bila 'gear' ditarik.

Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter.

Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara.

Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat kepada tukang gantung untuk menarik 'gear' yang akan antaranya membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat.

Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam dibiar tergantung.

'Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman.. Kalau kita hormat pada dia, semuanya tak ada masalah.

'Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh bos-bos saya dulu,' kata Samuel.

Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel. Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah.

'Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal, lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi penagih, satu keluarga akan terjejas,' katanya sambil menjelaskan bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah.

Thursday, October 21, 2010

ISU BAHASA INGGERIS

Biler kementerian memberi penekanan terhadap penggunaan BI dikalangan students dan cikgu cikgi...








Wednesday, October 20, 2010

Hidangan harta haram


Artikel dari Hmetro

ADA yang bertanya saya sama ada boleh atau tidak seseorang itu menghadiri jemputan kenduri rumah seorang kenalan bagi meraikan rakan-rakan lamanya.
Bila saya bertanya mengapa tidak. Sahabat itu tadi memberitahu bahawa tuan rumah berkenaan memang dikenali sebagai seorang yang terbukti kaki rasuah dan kaki judi serta diyakini memiliki harta yang haram.

Jadi, dia bertanya, bolehkah makan di rumah seseorang yang mempunyai lambakan harta haram.

JAWAPAN


Sebahagian para ulama terdahulu kelihatan cukup tegas ketika menerangkan hukum menerima jemputan dan berurusan dengan orang yang memiliki harta haram.

Di sini, dinyatakan beberapa pandangan mereka membabitkan undangan pemilik harta haram termasuk segala urusan perniagaan dengan individu sedemikian.

Jika harta haram hasil rompakan, rampasan, curi atau riba, tatkala itu tidak harus berurusan dengannya sama ada jual dan beli.

Tidak halal untuk memakan hidangannya serta tidak harus menerima hadiah yang diberi serta mengambil atau berhutang dengannya.

Namun, sebahagian ulama ‘mengharuskan’ setiap urusan dengan pemilik harta haram dan ada pula yang hanya menyebutnya sebagai makruh. (Al-Qawaid, Izzudin Abd Salam: ihya Ulumuddin, Al-Ghazzali)

Majoriti ulama mazhab Hanafi, Ibn Qasim daripada mazhab Maliki, mazhab Hambali dan Ibn Taimiyah menetapkan bahawa hukumnya adalah ‘harus’ melakukan transaksi dengan pemilik modal yang bercampur antara halal dan haram jika majoriti modal itu datang daripada sumber yang halal.

Imam Ibn Nujaim berkata: “Apabila majoriti daripada jumlah modal atau pendapatannya adalah halal, maka tidak menjadi masalah untuk menerima hadiah dan makan hidangan mereka selama tiada tanda yang jelas menunjukkan ia adalah haram.

“Bagaimanapun, jika majoriti modal atau pendapatannya adalah haram, maka tidak dapat diterima hadiah dan makanan kecuali disahkan kebersihannya (halal).” (Ibn Nujaim, Asybah Wa An Nazair)

Imam Ibn Quddamah pula berkata: “....jika anda tahu (atau diberitahu oleh orang yang bercampur pendapatannya) sesuatu komoditi, makanan itu adalah daripada sumber atau modal yang halal, maka ia adalah halal.” (Al-Mughni, 4/334)

Ulama terkenal seperti imam As-Syawkani dan Al-Muhasibi pula berpendapat bahawa adalah dibenarkan secara mutlak untuk berurusan dengan pemilik yang memiliki pendapatan yang bercampur antara halal dan haram, sama ada bahagian yang halal dalam modal tersebut adalah majoriti atau minoriti. (As-Saylur Jarar; Al-Makasib Wa Al-Rizq Al-Halal)

Jadi, dalam hal ini, bolehkah seseorang itu tahu semua harta yang dimiliki seorang lelaki itu adalah haram.

Saya kira agak sukar bagi kita untuk mengatakan harta dan pendapatan seseorang itu semuanya haram.

Mungkin kerjanya dalam bidang yang haram tapi itu tidak semestinya seluruh pendapatannya dan wang simpanannya haram.

Jika pandangan yang mengatakan haram berurusan dengan individu yang hartanya bercampur dibuat dan difatwakan, kita akan dapati sudah tentu seluruh umat Islam akan ditimpa kesusahan yang tiada taranya lagi.

Ini kerana, tidak dapat dinafikan terlalu ramai umat Islam yang hartanya bercampur apatah lagi orang bukan Islam.

Ibn Masud pernah ditanya: “Aku mempunyai seorang jiran dan tidak ku ketahui berkenaan hartanya kecuali semuanya haram dan kotor, dan dia menjemput aku (ke rumahnya). Jadi aku merasa sukar untuk hadir dan sukar juga untuk tidak hadir.”
Jawab Ibn Masud: “Terima dan hadirlah jemputannya sesungguhnya dosa-dosa (daripada harta haram tadi) adalah tanggungannya saja.” (Riwayat Al-Baihaqi, sanad riwayat ini tidak kukuh)

Mengamalkan pandangan tegas seperti pengharaman sudah pasti boleh menyebabkan kehidupan umat Islam dan lainnya akan terhenti.

Tidak dinafikan, adalah amat baik untuk mendisiplinkan diri dengan hukum yang lebih tegas, tetapi saya kira mengamalkan pandangan tadi menyebabkan anda tidak akan ke kedai, kenduri kahwin, aqiqah, korban, rumah jiran dan pelbagai. Pastinya ia akan membantutkan kehidupan manusia biasa.

Tiadalah juga jual beli di pasar kerana majoriti manusia sememangnya bercampur yang haram dalam pendapatannya.

Penjual di pasar belum tentu semua modalnya halal malah kebanyakan peniaga atau pengusaha berkemungkinan terbabit dalam pinjaman riba dengan bank untuk menjalankan perniagaannya.

Jiran kita juga mungkin diketahui kerjanya tidak halal sebagai pegawai promosi produk riba dan insurans, penjual rokok dan lain-lain.

Jadi, adakah akan terhenti hubungan yang membabitkan makan dan harta dengan mereka? Ia sangat sukar.

Imam Al-Ghazzali pernah berkata: “Sesungguhnya sekiranya harta haram telah tersebar luas di tempat dan sukar untuk berpindah dari tempat itu maka harus hukumnya berurusan walaupun melebihi had darurat, kerana jika manusia hanya dihadkan sekadar ‘alas perut’ (had darurat) maka pastilah akan terhenti kehidupan manusia, rosaklah sistem dan tatkala itu urusan agama juga akan rosak dan jatuhnya syiar Islam (kerana semuanya tidak boleh dilakukan tanpa peranan harta). (Shifa Al-Ghalil, Al-Ghazzali)

Apa yang disebut di atas adalah bagi individu yang diketahui pendapatannya ada yang haram, namun bagi yang tidak diketahui sumber pendapatan hartanya, hukumnya tetap pada yang asal iaitu harus dan halal selagi mana tiada diketahui pembabitannya dengan haram, tidak juga menjadi tanggungjawab kita untuk menyelidik harta dan sumber pendapatan rakan kita.

Sebagai kesimpulan, adalah harus berurusan dan hadir ke rumah orang yang menjemput walaupun diketahui hartanya bercampur.

Jika tidak diketahui terdapat hartanya yang haram secara jelas, hukum menghadiri kenduri tadi menjadi sunat dan mendapat pahala berdasarkan sabda Rasulullah SAW: “Apabila seorang kamu dijemput suatu majlis hidangan (kenduri makan) hendaklah ia sahut dan terimanya.” (Riwayat Muslim)

Malah menerima hadiah daripada musyrikin yang kemungkinan besar harta yang diperolehnya daripada sumber haram juga diharuskan di dalam Islam, sehinggakan imam Al-Bukhari menyatakan perihal Rasulullah SAW yang menerima hadiah pakaian daripada kaum kafir musyrik.

Apabila sahabat memuji kecantikan pakaian itu, Rasulullah SAW menyatakan pakaian Saad bin Muadz di syurga jauh lebih cantik daripada pakaian yang diterimanya.

Imam Ibn Hajar pula menyatakan hadis ini membuktikan harus menerima hadiah daripada si kafir musyrik. (Fath Al-Bari)

Malah, imam Ibn Hajar juga menyatakan hadis berkenaan lebih kuat daripada hadis larangan menerima hadiah daripada musyrik bahawasanya telah datang seorang lelaki musyrik menemui Rasulullah dan memberi hadiah kepada baginda namun baginda menjawab: “Aku tidak menerima hadiah daripada kaum musyrik.”

Ibn Hajar mengatakan bahawa Rasulullah menolak hadiah daripada musyrik itu adalah berdasarkan satu situasi yang mempunyai niat dan maksud tersirat.

Ia bermaksud untuk mendapatkan sesuatu pengiktirafan daripada Islam yang tidak boleh diberikan, meminta dilantik menjadi kepimpinan utama dan lain-lain. (Fath Al-Bari)

Terdapat satu lagi hadis yang boleh menambah kefahaman kita iaitu, Asma binti Abu Bakar RA pernah dihadiahkan barang makanan seperti susu yang dikeraskan (makanan biasa Arab) oleh wanita musyrik dan Asma menolaknya.

Kemudian Aisyah ra bertanya hal itu kepada Nabi lalu turunlah ayat yang bermaksud: “Kamu tidak dilarang oleh Allah SWT daripada mereka (kafir) yang tidak memerangi agama kamu (terus terang).

Justeru Aisyah kemudian mengarahkan Asma untuk menerima hadiah wanita musyrik itu dan membenarkannya memasuki rumahnya (Tuhfatul Ahwazi, Syarah Tirmidzi, Al-Hakim, Ahmad)

Oleh itu, jika sesuatu hadiah yang diberi tadi membawa sesuatu maksud yang bercanggah dengan hukum dan objektif Islam, maka haram diambil dan diterima hadiah berkenaan.

Satu lagi hadis juga boleh menambahkan lagi kefahaman, bahawasanya: “Ada orang yang membawa kepada kami daging, dan tidak diketahui pula sama ada mereka menyebut nama Allah SWT (semasa sembelih) atau tidak.

Rasulullah SAW menjawab: “Sebutkanlah pada diri kamu, dan makanlah. (Riwayat Bukhari)

Oleh itu, jika sesuatu hadiah yang diberi tadi membawa sesuatu maksud yang bercanggah dengan hukum dan objektif Islam, maka haram diambil dan diterima hadiah berkenaan.

Malah, jika hadiah atau pemberian itu datang daripada bukan Islam yang memusuhi dan memerangi Islam, hukumnya juga adalah haram diambil.

Namun, jika ia sekadar hadiah walaupun hartanya bercampur atau tidak diketahui, ia boleh dan harus untuk diambil.

Berkenaan hidangan daripada orang yang bercampur hartanya dan tidak pula diketahui sama ada disembelih atau tidak, hadis Al-Bukhari tadi boleh memberikan jawapannya.

Bagaimanapun, sebaik dan seeloknya-eloknya makan itu hendaklah dipastikan halal.

Tuesday, October 19, 2010

CUEPACS TETAP MAHU KERAJAAN PERTIMBANG PEMBERIAN BONUS DUA BULAN

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- 
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sekali lagi memohon supaya kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada kira-kira 1.2 juta penjawat awam di negara ini.


Presidennya, Omar Osman berkata berdasarkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang menunjukkan peningkatan sebanyak 10.5 peratus tahun ini, beliau yakin kerajaan mampu berbuat demikian.





"Pertumbuhan KDNK negara kita telah melonjak kepada 10.5 peratus dan keadaan ekonomi negara sedang mantap, jadi tidak mustahil perkara itu (bonus) dapat dilaksanakan.
"Kita turut menghantar satu telegram kepada Perdana Menteri petang ini bagi menyatakan hasrat kita (supaya) dapat berjumpa beliau dengan harapan kerajaan dapat mempertimbangkan semula pemberian bonus itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Kongres Cuepacs kali ke-11 di Wisma Cuepacs hari Selasa.



Seramai 135 perwakilan kongres, termasuk dari Sabah dan Sarawak, menghadiri mesyuarat yang berlangsung selama dua jam itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2011 di Dewan Rakyat Jumaat lepas, tidak mengumumkan bonus kepada kakitangan awam, sebaliknya memberi bantuan kewangan khas sebanyak RM500 bagi Gred 54 dan ke bawah, termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan, bagi menampung perbelanjaan persiapan sekolah.
Omar berkata tuntutan pemberian bonus telah dibuat sejak beberapa tahun lepas, namun ditolak kerana keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika itu.



Beliau yang berterima kasih di atas pemberian bantuan kewangan khas itu, masih berharap kerajaan dapat memberikan sekurang-kurangnya sebulan bonus.
Ditanya mengenai pemansuhan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang akan digantikan dengan sistem penilaian baru, Omar berkata, Cuepacs menyambut baik pengumuman itu, namun berharap mereka akan dipanggil berbincang mengenai penggubalan sistem baru tersebut.



"Kita berharap pada Julai 2011 nanti, sistem penilaian baru yang baik dapat diwujudkan, dan wakil dalam Cuepacs turut dipanggil bagi berbincang apakah sistem yang terbaik bagi penambahbaikan dalam perkhidmatan awam pada masa kini," katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa PTK yang bakal diadakan bulan ini, tetap diteruskan sehingga satu sistem penilaian baru diwujudkan pada Julai tahun depan.
-- BERNAMA 


Pada aku la kan


1. Bravo cuepacs, teruskan perjuangan...kalau tak hasil pengorbanan kakitangan awam ni, tak mungkin KDNK negara melonjak smpi 10.5 peratus tu.

Saturday, October 16, 2010

akibat merokok terhadap otak

Pengenalan
Otak merupakan bahagian tubuh badan yang paling banyak menyerap udara, dimana otak sentiasa memerlukan oksigen dan jika otak tidak menerima oksigen sekurang-kurang selama 10 minit manusia akan mati.

Keburukan merokok terhadap otak
1.      Jika sesorang itu sering kali menyedut asap rokok, akan mengakibatkan penyusutan fizikal otak dan akhirnya fungsi-fungsi otak akan terjejas.
2.      Seperti pengenalan di atas, otak memerlukan oksigen. Bayangkan hanya 20 peratus sahaja oksigen pada udara terbuka yang kita sedut dan hanya hidung menjalan operasi penyedutan oksigen. Apabila rokok sering kali disedut, sudah pasti kuantiti oksigen yang sampai ke otak adalah sedikit.
3.      Menyebabkan penyakit mudah lupa.
4.      Merokok mengakibatkan carotid artery  tersekat dan mengakibatkan bekalan darah untuk disampaikan ke otak terputus. Jika ini berlaku, akan mengakibatkan penyakit stroke. Risiko stroke bagi perokok adalah 1.5 kali ganda daripada yang bukan perokok.
5.      Merokok juga mengakibatkan darah pada otak menjadi beku dan menebal.
6.      Otak dihubungkan ke jantung dan paru-paru melalui arteri. Arteri ini membekalkan oksigen dan bahan kimia lain ke otak. Jadi, ketika seseorang perokok merokok, bahan kimia yang dihirup akan dihantar ke otak.
7.      Bahan kimia seperti nikotin pada rokok yang dihantar ke otak serba sedikit akan mempengaruhi mood perokok itu contohnya seperti mudah marah dan mudah merasa cemas.

Perbezaan IQ dan EQ

Apakah itu IQ(Intelegence Quatient) 
 IQ merupakan bahasa singkatan bagi Intelligence Quotient.
2.      Pada amnya, ia merupakan terma yang merujuk kepada bio kapasiti otak manusia.
3.      Berhubung kait dengan factor:-
a.       Turun temurun/keturunan.
b.      Semulajadi kejadian otak terhadapt aspek pemahaman, perancangan, penyelesaian masalah, pemikiran abstrak, secara sedar(kognitif) untuk menyatakan bahasa dan kemampuan belajar
4.      IQ juga boleh dikira dengan menggunakan formula IQ=100 MA/CA
a.       MA ialah usia Mental
b.      CA ialah usia semasa
5.      Berikut merupakan histogram untuk mengira tahap IQ manusia.

          
           80-90                 :           (Rendah daripada sederhana)
           90-110              :           (Sederhana)
           111-121            :           (Tinggi daripada sederhana)
           122-130            :           (IQ tinggi)
           131-141            :           (Genios sejak lahir) 142+ : (Genius)

6.      Melalui kiraan ini boleh dirumuskan disini:-
a.    Jika usia mental dan usia semasa adalah sama, kepintarannya adalah ditahap sederhana.
b.   Jika usia mental lebih tinggi dari usia semasa, kepintarannnya adalah ditahap tinggi daripada sederhana dan
c.    Jika usia semasa lebih tinggi daripada usia mental, kepintarannya ditahap rendah daripada sederhana.

7.      Selalunya ujian kepintaran ini digunakan untuk menguji tahap kemampuan minda terhadap tidak kurang 7 perkara antaranya kepintaran mengenai :-
a.    Muzikal
b.   Pergerakan fizikal
c.    Logical – matematik
d.   Bahasa
e.    Menguasai tempat
f.    Antara perseorangan
g.    Yang diwarisi individu
h.   Kognitif (pemikiran secara sedar)

Apakah itu EQ(Emosional Quotient)
1.      EQ membawa maksud Emosional Quotient
2.      Ianya berhubung kait dengan emosi mental seseorang atau kiraan kepintaran emosi.
3.      EQ dirujuk sebagai kemampuan seseorang itu mengawal emosi serta berkait rapat dengan :-
a.    Daya ketahanan diri sendiri
b.   Penentuan
c.    Motivasi diri
d.   Dan lain-lain
4.      Merupakan 1 kemahiran memahami,menghayati dan merasai emosi di mana mampu memahami/memproses maklumat emosi.
5.      Sebarang tindakan emosi dilakukan dengan rasional dari melakukan perkara yang tidak wajar.
6.      EQ tumbuh seiring pertumbuhan seseorang sejak lahir hingga meninggal dunia. Pertumbuhan EQ dipengaruhi oleh lingkungan, keluarga, dan contoh-contoh yang didapati seseorang sejak lahir dari orang tuanya.
7.      EQ berkait dengan banyak aspek penting, antaranya contohnya :-
a.    Memahami orang lain secara mendalam
b.   Mengendalikan sifat marah
c.    Kemampuan menyesuaikan diri
d.   Disukai
e.    Kerahamahan
f.    Sikap hormat
g.    Dan lain-lain
8.      Menurut Cooper (1997);
Individu yang mempunyai tahap EQ yang tinggi dapat menjalinkan hubungan yang lebih bersifat
kemanusiaan, wujudkan kepercayaan,  hasilkan kreativiti dan boleh mempengaruhi orang lain.

Perbezaan Antara IQ dan EQ
Intelegence Quotient(IQ)
Emosional Quotient
·         Merujuk pada bio kapasiti otak manusia
·         Merujuk pada emosi mental atau kiraan kepintaran emosi
·         Seorang yang memiliki IQ tinggi, mudah belajar dan mudah faham berbanding orang biasa.
·         Seorang yang mampu mengawal emosi dengan baik dan bersifat mulia serta mampu membuat keputusan yang tepat.
·         Digunakan untuk menguji tahap kemampuan minda
·         Digunakan untuk menguji tahap emosi
·         Semakin tinggi IQ seseorang itu, semakin tinggi tahap kepintarannya.
·         Semakin tinggi EQ seseorang itu, semakin tinggi tahap pengawalan emosinya.
·         IQ seseorang itu tidak dapat diperkembangkan atau dikurangkan
·         EQ dapat diperkembangkan melalui proses pembelajaran

Kesimpulannya :
IQ dan EQ perlu digunakan seiring untuk meningkatkan potensi diri dan mencapai kejayaan kerana kedua-duanya saling berkait rapat di antara satu sama lain