www.advertlets.com

Thursday, September 30, 2010

SOALAN SUBJEKTIF PTK TIDAK ADIL

Berita Harian
27/9/2010



TIDAK lama dulu ada cadangan supaya peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) kakitangan kerajaan dihapuskan. Bagaimanapun, peperiksaan ini diteruskan juga kerana dikatakan membawa kebaikan kepada kakitangan perkhidmatan awam.

Saya ialah kakitangan kumpulan khidmat sokongan dalam jabatan kerajaan amat tidak bersetuju apabila soalan kertas dua PTK yang disediakan untuk kumpulan sokongan Gred 32 dan 22 berbentuk subjektif, sedangkan peperiksaan untuk pegawai kumpulan pengurusan dan profesional seperti Gred 41 yang lebih tinggi berbentuk objektif. Sekitar 1980-an ketika mula bekerja dulu, kami kumpulan sokongan walaupun memiliki diploma dikehendaki mengambil tujuh subjek peperiksaan jabatan dan dua kertas peperiksaan am untuk disahkan dalam jawatan.

Semua soalan subjektif, sedangkan pegawai dalam kumpulan A hanya perlu mengambil peperiksaan am. Masa sudah berubah, namun ketidakadilan antara dua kumpulan kakitangan ini diteruskan.

Sudahlah kami dalam kumpulan sokongan ini begitu sukar naik pangkat, malah diberi tekanan lagi dalam menghadapi peperiksaan PTK dengan soalan subjektif. Kami terpaksa mentelaah sukatan pelajaran yang banyak dengan penambahan sukatan pelajaran baru setiap tahun.

Kadangkala soalan itu tiada kaitan langsung dengan tugas dan pengalaman kakitangan dan kami juga bukan pelajar sepenuh masa. Janganlah tugas utama kami berkhidmat untuk masyarakat dan negara diganggu dengan bebanan peperiksaan yang sukar.
Apatah lagi umur kami kebanyakannya hampir mencecah warga emas. Pengalaman lebih 25 tahun bersama jabatan dimanfaatkan sepenuhnya, justeru memang tiada masa untuk membaca buku di pejabat.

Tambahan pula ingatan untuk menghafal sudah kurang berbanding ketika mula bekerja dulu. Ada segelintir kakitangan muda yang menumpukan sepenuh perhatian dan masa kepada peperiksaan semata-mata dengan mengabaikan komitmen tugas.

Kami dengan rasa rendah diri merayu Jabatan Perkhidmatan Awam dan CUEPACS menasihati unit peperiksaan jabatan kerajaan supaya mengekalkan soalan objektif kepada kakitangan kumpulan sokongan. Kasihanilah kami dengan kerjaya terbatas dan mungkin ini gred kami sehingga bersara kelak.

LEBAI KASA,
Alor Setar,
Kedah.
Pada aku la kan

** 
aku baru jerk pergi PTK gred 17, skrg ni ada plak perbincangan dalam kump. rasa macam makin ssh jerk nak dapat 4,4 lepas ni ermmmmm

3 comments:

  1. tinggalkan pendapat anda dengan memilih ID Anonymous

    ReplyDelete
  2. perghhh entry serius ni apek. aku pon tak tau nak komen ape. ngahhaha :p

    ReplyDelete
  3. Haha...kalau org kerajaan leh la balas entry aku ni haha

    ReplyDelete