www.advertlets.com

Sunday, September 26, 2010

Cadang 2 Bulan Bonus Kakitangan Awam bergaji Pokok Bawah RM2000

Assalamualaikum/Salam Sejahtera

Seperti biasa setiap tahun agenda yang selalu disuarakan CUEPACS ialah memohon bonus kepada kerajaan untuk kakitangan awam, bonus yang selalu yang di minta biasanya ialah 2 bulan gaji, dan selalunya pasti dapat 1 bulan gaji atau pun langsung tak dapat.laporan untuk bonus ini telah pun dihantar, mungkin sekarang ni dalam penilaian pihak kerajaan.

Yang pasti semua warga kakitangan awam tertunggu - tunggu berita gembira iaitu bonus tahun 2010 yang akan dibentangkan pada belanjawan pada tahun ini. Tetapi adakah anda tahu yang bonus ini hanya sentiasa menguntungkan mereka yang mempunyai gaji pokok yang besar kerana bonus pada setiap tahun akan dikira melalui nilai gaji pokok, pada mereka yang mempunyai nilai gaji pokok yang kecil pasti tidak merasa adil di sini.sebagai contoh gaji pokok pembantu tadbir gred N17 jadual gaji, P1T5 ialah RM1021.53 dan dibandingkan dengan gaji pokok pegawai PTD gred M41 jadual gaji, P1T4 ialah RM2269.15. jika dilihat disini begitu jauh perbezaannya.

pada cadangan saya, mereka yang bergaji pokok bawah dari RM2000 lebih layak untuk menerima 2 bulan bonus berbanding mereka yang mempunyai gaji pokok lebih dari rm2000 yang perlu menerima bonus 1 bulan gaji sahaja**(terpulang kepada kerajaan untuk menilai gaji minimum untuk 2 bulan bonus)

Perkara ini perlu dikaji untuk mengelakkan jumlah atau pun nilai bilion yang banyak dalam pemberian bonus dan sekaligus dapat membantu menjimatkan wang negara. ini perlu dikaji dan dilakukan dalam pemberian bonus, agar mereka yang bergaji kecil ini terasa terbela dan merasa adil.  

Warga JPA Putrajaya

7 comments:

  1. betul², kene buat mcm ni bro...baru rasa adil sikit..

    ReplyDelete
  2. selalu kalau cadangan mcm ni mesti kene tolak punya, sbb orang yang meluluskan bonus, orang yang gaji lebih dari rm2000..takkan dia nak rugi buat mcm tu...

    ReplyDelete
  3. Boleh bagi harapan ke pada kerajaan Malaysia? Kalau kerajaan brunei tu bolehla dipikirkan. Pada dornag, baik lagi bagi gaji atau bonus pada menteri. Pada kakitangan awam, kasi jer la susu soya BONUS. Hehehe...

    ReplyDelete
  4. Tulisan yang bagus bro...teruskan menulis untuk kakitangan kerajaan

    ReplyDelete
  5. klu dpat alhamdulillah la..

    ReplyDelete
  6. kene buat beberapa kategori :

    1) bawah 2k = 2 bulan gaji
    2) antara 2-3.5k = 1.5 bulan gaji
    3) atas 3.5k = 1 bulan gaji
    4) atas 5k = 0.5 bulan gaji

    ReplyDelete