www.advertlets.com

Wednesday, November 10, 2010

Kemudahan Cuti Belajar Kakitangan Awam



From JPA(L)S. 175/4/1-1 KLT. 8 (22)

Rumusan untuk syarat-syarat sambung belajar sepenuh masa


Sokongan : pegawai kumpulan sokongan hanya diberikan kemudahan sambung belajar pada peringkat  sijil,diploma dan ijazah pertama sahaja dan tidak diberikan kemudahan cuti belajar bergaji penuh.

P&P : pegawai kumpulan P&P diberikan kemudahan cuti belajar bergaji penuh dengan biasiswa.

Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP)


Cuti yang diluluskan oleh pihak berkuasa melulus kepada seseorang pegawai untuk mengikuti kursus atau pengajian di mana dalam tempoh tersebut pegawai dibayar gaji, imbuhan tetap dan lain-lain elaun yang berkelayakan mengikut syarat dan peraturan yang ditetapkan sama ada dengan atau tanpa biasiswa.


Syarat-syarat Pemberian(untuk P&P shj)

1)Berkhidmat secara tetap;
2)Disahkan dalam skim perkhidmatan semasa;
3)Memperoleh markah purata Laporan Nilaian Prestasi Tahunan
4)(LNPT) sekurang-kurangnya 85 peratus bagi tempoh genap tiga (3) tahun kalendar berturut-turut;
5)Diperakukan oleh Ketua Perkhidmatan/Jabatan (Panel Pembangunan Sumber Manusia), mengikut yang mana berkenaan;
6)Berumur tidak melebihi 46 tahun untuk peringkat Sarjana dan tidak melebihi 44 tahun untuk peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) (Kursus Jangka Panjang) pada tarikh tutup permohonan, tarikh memulakan pengajian atau satu tarikh yang ditetapkan penaja mengikut mana yang berkenaan;
7)Berumur tidak melebihi 46 tahun untuk Kursus Jangka Sederhana pada tarikh tutup permohonan, tarikh memulakan pengajian atau satu tarikh yang ditetapkan penaja mengikut mana yang berkenaan;
8)Telah mendapat tempat di universiti/institusi untuk mengikuti kursus yang diluluskan;
9)Bebas daripada sebarang pertuduhan dan tindakan tatatertib;
10)Telah mengisytiharkan harta; dan
11)Pegawai bukan merupakan Peminjam Tegar Pinjaman/peminjam yang disenaraihitamkan oleh JPA atau badan-badan pinjaman Kerajaan yang lain.

CUTI BELAJAR SEPARUH GAJI (CBSG)

Cuti yang diluluskan oleh pihak berkuasa melulus kepada seseorang pegawai untuk mengikuti kursus atau pengajian di mana dalam tempoh tersebut, pegawai dibayar gaji, imbuhan tetap dan lain-lain elaun yang  berkelayakan atas kadar separuh mengikut syarat dan peraturan yang ditetapkan sama ada dengan atau tanpa biasiswa.

Syarat-syarat Pemberian

1)Berkhidmat secara tetap; 
2)Disahkan dalam skim perkhidmatan semasa; 
3)Memperoleh markah purata Laporan Nilaian Prestasi Tahunan
4)(LNPT) sekurang-kurang 85 peratus bagi tempoh sekurang- kurangnya genap tiga (3) tahun kalendar berturut-turut;
5)Diperakukan oleh Ketua Perkhidmatan / Jabatan (Panel Pembangunan Sumber Manusia), mengikut yang  mana berkenaan;
6)Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh tutup permohonan, tarikh memulakan pengajian atau satu tarikh yang ditetapkan penaja mengikut mana yang berkenaan;
7)Telah mendapat tempat di universiti / institusi untuk mengikuti kursus yang diluluskan;
8)Mengikuti kursus yang diiktiraf oleh Kerajaan;
9)Mempunyai keupayaan membiayai perbelanjaan yang berkaitan dengan kursus yang akan diikuti;
10)Mendapat kelulusan penangguhan bayaran hutang dengan Kerajaan sekiranya ada sebagaimana Surat
11)Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 11 Tahun 2005; 
12)Bebas daripada sebarang pertuduhan dan tindakan tatatertib; 
13)Telah mengisytiharkan harta; dan
14)Pegawai bukan merupakan Peminjam Tegar Pinjaman / peminjam yang disenaraihitamkan oleh JPA atau badan-badan pinjaman Kerajaan yang lain.

CUTI BELAJAR TANPA GAJI (CBTG)

Cuti yang diluluskan oleh pihak berkuasa melulus kepada seseorang pegawai untuk mengikuti kursus atau pengajian di mana dalam tempoh tersebut, pegawai tidak dibayar gaji, imbuhan tetap dan lain-lain elaun yang
berkelayakan mengikut syarat dan peraturan yang ditetapkan sama ada dengan atau tanpa biasiswa.

Syarat-syarat Pemberian

1)Berkhidmat secara tetap;
2)Disahkan dalam skim perkhidmatan semasa;
3)Memperoleh markah purata Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) sekurang-kurang 85 peratus bagi tempoh sekurang- kurangnya genap dua (2) tahun kalendar berturut-turut;
4)Diperakukan oleh Ketua Perkhidmatan / Jabatan (Panel Pembangunan Sumber Manusia), mengikut yang mana berkenaan;
5)Berumur tidak melebihi 45 tahun bagi pengajian di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Pertama, 46 tahun bagi pengajian di peringkat Sarjana dan 44 tahun bagi pengajian di peringkat Ph.D pada tarikh tutup permohonan,  tarikh memulakan pengajian atau satu tarikh yang ditetapkan penaja mengikut mana yang berkenaan;
6)Telah mendapat tempat di universiti / institusi pengajian;
7)Mengikuti kursus yang diiktiraf oleh Kerajaan;
8)Mempunyai keupayaan membiayai perbelanjaan yang berkaitan dengan kursus yang akan diikuti;
9)Mendapat kelulusan penangguhan bayaran hutang dengan Kerajaan sekiranya ada sebagaimana Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 11 Tahun 2005;
10)Bebas daripada sebarang pertuduhan dan tindakan tatatertib;
11)Telah mengisytiharkan harta; dan
12)Pegawai bukan merupakan Peminjam Tegar Pinjaman / peminjam yang disenaraihitamkan oleh JPA atau badan-badan pinjaman Kerajaan yang lain.

untuk maklumat lebih lanjut.tengok sendiri pekeliling JPA:

No comments:

Post a Comment