www.advertlets.com

Tuesday, October 5, 2010

Gaji Minimum Kakitangan Awam RM49,500 setahun

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Pemuda Barisan Nasional (BN) bersama-sama dengan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan menganjurkan Forum Gaji Minimum pada 13 Okt ini.

Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata forum yang diadakan di Hotel Putra bermula pukul 8.30 pagi itu adalah lanjutan daripada sesi perbincangan bersama wakil daripada dua kesatuan sekerja iaitu MTUC dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) pada 24 Ogos lalu serta maklum balas yang diterima melalui makmal Pemuda BN.

"Objektif forum ini adalah bagi membincangkan dan menghalusi segala pandangan, cadangan serta permasalahan berkaitan dengan pelaksanaan gaji minimum sebelum menghantar segala rumusan terbabit kepada kerajaan," katanya dalam laman blognya www.rembau.net.my pada Selasa.

Khairy yang juga Ketua Pemuda BN berkata pihak penganjur juga menjemput orang ramai untuk menghadiri forum tersebut dan memberi pandangan serta buah fikiran berhubung topik gaji minimum di negara ini.

"Isu gaji minimum adalah suatu yang amat penting bagi seluruh golongan pekerja di Malaysia terutama bagi membantu mereka menangani kos sara hidup dan inflasi yang meningkat di samping memastikan bahawa kebajikan pekerja di negara ini terbela dengan kadar gaji yang setimpal," katanya.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Rembau berkata keperluan ini dilihat semakin meruncing apabila 34 peratus daripada kumpulan pekerja di Malaysia berpendapatan kurang daripada RM700 sebulan, iaitu lebih rendah daripada Pendapatan Garis Kemiskinan Semenanjung iaitu RM720 sebulan.

Malahan, katanya, isu ini menjadi semakin relevan unjuran daripada usaha kerajaan mentransformasi hala tuju serta merancakkan aktiviti ekonomi negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi dengan sasaran kapita rakyat ditahap RM49,500 setahun.

"Ini kerana adalah menjadi kebimbangan Pemuda BN dan MTUC akan risiko pelebaran jurang pendapatan antara yang berpendapatan tinggi dan rendah sekiranya kita masih lagi membiarkan kuasa pasaran menentukan tahap gaji terendah pekerja," katanya.

-- BERNAMA

Pada aku la kan.

harap², kerajaan cepat proses mengenai gaji minimum ni, aku rasa mcm tak larat dah...selalu shot duit aku, tok sah nak tggu akhir bulan..tengah bulan jerk pon dah kering dah...apatah lagi nak menyimpan..


kalau betul2 jadi gaji minimum tu, amat2 berterima kasih la pada kerajaan :)

10 comments:

  1. kang da bg.. still g xckup cmne? ahaks

    ReplyDelete
  2. Sekurang-kurangnya dapatla menampung sikit perbelanjaan yang sekarang ni yang dah meningkat ngan teruk ni

    ReplyDelete
  3. den ghaso la kn..huhuhu kajaan Malaysia msih xbleyh bg laei gaji minimum sebyk rm45,900 tu..bkn nyo apo...mcm kurang releven dgn pendapatan negara. kita bkn negara majU tp kita masih negara membangun. Aduh..tkt2 nnt...Malaysia akan mengalami inflasi di paras kritikal pulek..gaji makin tinggi, rege brg makin tinggi. peyh2..hutang negara Malaysia ngan bank dunia makin tinggi semata2 gaji minimum pekerja kerajaan RM45,900 setahun..i2 membebankan sebenarnya...huhu. tp lau depa nk ttp kn gaji minimum kakitangan kerajaan pd RM12,000.00 setahun i2 releven ckit..ahakz ;-) ...as malaysian n as goment staff kita jgn tamak dan pk utang personal kita jer..kita kene pk panjang...huhu.cube kita congak2 kakitangan kajaan malaysia ada lebeh kurang 1.4juta huhu..kan membebankan tu huhu...tah la..bia la depa dok kaji sniri gaji minimum yg layak tuk kakitangan kajaan.heeeee :D

    ReplyDelete
  4. rasanya kalau kerajaan bagi gaji banyak kat kakitangan awam ni x kan rugi punya la sbb yang pasti dengan duit tu nnt mesti akan merancakkan lagi fenomena berbelanje dan sekali gus meningkatkan taraf ekonomi negara...so jgn risau, duit tu akan kembali balik pada kerajaan sbb setiap mende kat negara ni kene cukai. tak gitu?

    ReplyDelete
  5. SY ANDAI KN TIDAK. LALALA...
    kita kene gak berpk panjang wahai pencen. rasa nya hutang negara ngan bank dunia masih belum habis lg..tkt lau gaji bertambah2 tinggi nnt...terjd nyer inflasi yg tinggi..huhu. sy sendiri berpendapatan rendah, byk hutang, byk komitment tp kiter kene la pandai berbelanja mengikut kemampuan ahakz xke gitu? ;-) ..sy sendiri seronok lau dpt gaji minimum rm45,900 setahun sape yg xnk wei...semua staf goment nk ttp kene gak pk secara positive..huhu. sangat bahaya lau gaji naik secara mendadak ngan jumlah yg terlalu tinggi.. :D

    ReplyDelete
  6. apa guna cukai beras,gula,kenderaan yang cukai dia sampai 300%, itu la gunanya..baru2 nie plak rokok naik sebanyak 70sen...umno kata nak tolong melayu,dalam kakitangan awam ni mejoriti dia org melayu serta peribumi sabah sarawak..nie la masa dia untuk bantu.

    ReplyDelete
  7. huhuhu..ok ok...mang la goment bleyh naik kn gaji minimum sethn staff goment RM45,900 tp..mcm maner pulak ngan nasib pekerja swasta?majikan mereka xbleyh nk bg gaji mereke naik sehingga minimum rm45,900 sethn..tuk semua staff private 2 huhuhu. lau gaji staf goment naik, rege brg ofkosly naik, rege kete pn naik coz cukai naik mlambung, minyaks pn rase nyer naik lg, n mcm 2 gak rege brg2 lain..semua nya ada cukai.huhu..lg 1, mesti goment akan naik kn cukai perindustrian dan ini memberi impect kpd sektor pengeluaran...makna nya bila da terjd semua nya ni..pedagang2 ato pelabur2 tkt nk mlabur kat negara kita coz dkena kn cukai yg tinggi.n ini akan menyebab kan pertambahan unemployment yg sgt membimbangkan. kita nk jdk mcm negara lain ker yg terpaksa kelua duit sendiri tuk dpt kerja..aduh! gaji bertambah tinggi, cukai pn akan tinggi bermakna sama jer la..gaji beso ker gaji kecik ker sama jer...xder beza nya..gaji beso rege brg tinggi. sama je la...xbleyh gak nk bli keta honda accord 2 uhuhuhuhuhuhu.. :-(

    ReplyDelete
  8. sebenarnya duit kerajaan ni dah banyak sangat abs untuk politik dan bukan untuk pembangunan rakyat sebenarnya.kita semua dah kene tipu ngan media sbb sentiasa mengambarkan yang baik2 aje dalam malaysia ni...ntah le, pasal harga barang tu, mmg kat malaysia ni harga barang² dia mahal nak mampus berbanding dengan euro, dah la gaji kecik, harga barang plak mahal, kalau kat euro gaji besau tapi harga barang dia murah..

    so, lu pikirla sendiri

    ReplyDelete
  9. sape2 jek..
    sy setuju gaji minimum d malaysia nie kena kaji lg. nak2 org gomen lau dlihat beza dgn kaji swasta cam kesian beno org gomen. lain lah ptd yg masuk basic da beso.sy hargai sgt kerajan bg bantuan beli rumah pertama. tp smua tue boleh tinggal angan2 jek. cuba kira blk lau da gaji kurg dr 3k, mna nak blanja duit minyak g kejo, bayo org jg anak, insurance anak2, bayo kete,bayo umah, lg bez lau kena g kursus jauh2 lak. pastue keje luar lg. so lau peruntukan kpd kementerian bertambah kejo luar pun bertambahlah.duit kocek lg kena kluar kes nye lum sampai 15hb da makn maggi.hargai sgt lau dpt kaji gj min.nie. krglah beban sblm nie.tq

    ReplyDelete
  10. Rasanya pasal gaji minimum ni mcm angan2 mat jenin jer kalau masih UMNO yang memerintah..PM langsung tak cakap masa belanjawan 2011 ari tu..aku ingat masa pilihan raya 2012 ni kasi tukar kerajaan jer..baru gaji minimum ni di kaji..setuju?

    ReplyDelete