www.advertlets.com

Saturday, October 16, 2010

Belanjawan 2011 Untuk Kakitangan Awam

Akhirnya, Perbentangan yang telah disampaikan oleh Perdana Menteri pada 15 Oktober 2011 telah selesai dijalankan dimana ianya memakan masa hampir 2 jam. Tapi yang pasti, kakitangan awam pasti tertunggu-tunggu khabar baik terutamanya untuk bonus sekurang-kurangnya 2 bulan atau pun 1 bulan dan yang pasti kenaikan gaji sebanyak 10 peratus yang digembar-gempurkan serta menjadi buah mulut disetiap pelusuk kementerian/jabatan akan disebut oleh PM.tapi semuanya hanya indah khabar dari rupa dan boleh dikatakan semuanya hanya khabar angin semata-mata.



Antara isi kandungan Perbentangan bagi penjawat awam boleh dirumuskan disini,


1. Bagi Penjawat Awam Wanita, Kemudahan cuti bersalin ditambah dari 60 hari ke 90 hari bergaji penuh. Dimana cuti bersalin hanya diberi sebanyak 300 hari sahaja sepanjang perkhidmatan.

2. Pemansuhan Sistem Penilaian Tahap kecekapan(PTK) dan di ganti dengan sistem penilaian yang lebih sesuai dan terlaksana menjelang JUN 2011.


3. Bantuan Khas kewangan sebanyak RM500 akan diberikan kepada penjawat awam Gred 54 dan ke bawah termasuk Pegawai kontrak dan pesara kerajaan dan akan dibayar pada disember 2011.


4.Bantuan sebanyak RM3000 berbanding RM1000 bagi menguruskan jenazah.

5.Menyambung perkhidmatan pegawai khidmat singkat selama tempoh setahun dimana sebelum ini kontrak tamat pada 30 disember 2010 

6.Syarat-syarat membuat pinjaman rumah diperbaiki antaranya:-
  • Membenarkan pembelian hartanah untuk ibu bapa, anak dan adik beradik.
  • 20 ribu ringgit diberikan untuk kerja-kerja tambahan rumah kos rendah bagi kumpulan sokongan dua berbanding 10 ribu sebelum ini.
  • Menaikkan had kelayakan pinjaman rumah dari 360 ribu ringgit ke 450 ribu ringgit
Boleh dikatakan sebanyak 75% digunakan untuk kakitangan awam berbanding 25% belanjawan digunakan untuk pembangunan.tapi ini adalah sangat pasti kerana sekian lama kakitangan awam tidak merasa kenikmatan bonus dan akhirnya hanya mendapat saguhati sahaja. Harap lepas ni tiada naikan cukai lagi.

Untuk belanjawan lengkap boleh download disini
English Version : http://www.treasury.gov.my/data/speech/bs11.pdf
Versi Melayu : http://www.treasury.gov.my/data/ucapan/ub11.pdf


2 comments: