Antara isi kandungan Perbentangan bagi penjawat awam boleh dirumuskan disini,
1. Bagi Penjawat Awam Wanita, Kemudahan cuti bersalin ditambah dari 60 hari ke 90 hari bergaji penuh. Dimana cuti bersalin hanya diberi sebanyak 300 hari sahaja sepanjang perkhidmatan.
2. Pemansuhan Sistem Penilaian Tahap kecekapan(PTK) dan di ganti dengan sistem penilaian yang lebih sesuai dan terlaksana menjelang JUN 2011.
3. Bantuan Khas kewangan sebanyak RM500 akan diberikan kepada penjawat awam Gred 54 dan ke bawah termasuk Pegawai kontrak dan pesara kerajaan dan akan dibayar pada disember 2011.
4.Bantuan sebanyak RM3000 berbanding RM1000 bagi menguruskan jenazah.
5.Menyambung perkhidmatan pegawai khidmat singkat selama tempoh setahun dimana sebelum ini kontrak tamat pada 30 disember 2010
6.Syarat-syarat membuat pinjaman rumah diperbaiki antaranya:-
- Membenarkan pembelian hartanah untuk ibu bapa, anak dan adik beradik.
- 20 ribu ringgit diberikan untuk kerja-kerja tambahan rumah kos rendah bagi kumpulan sokongan dua berbanding 10 ribu sebelum ini.
- Menaikkan had kelayakan pinjaman rumah dari 360 ribu ringgit ke 450 ribu ringgit
Untuk belanjawan lengkap boleh download disini
English Version : http://www.treasury.gov.my/data/speech/bs11.pdf
Versi Melayu : http://www.treasury.gov.my/data/ucapan/ub11.pdf
TQ bro...good information
ReplyDeleteDomo arigato gozaimasu!
ReplyDelete\(^_^)/