www.advertlets.com

Thursday, September 23, 2010

CUEPACS HARAP KERAJAAN TIMBANG BONUS PENJAWAT AWAM TAHUN 2010

SEREMBAN: CUEPACS berharap kerajaan menimbangkan pemberian bonus kepada penjawat awam pada pembentangan bajet bulan depan.

Presidennya, Omar Osman, berkata CUEPACS sudah menghantar permohonan mengenai perkara itu kepada kerajaan. "Sudah dua tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak 2008 dan adalah diharapkan tahun ini kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus berkenaan. "Kita mohon dua bulan bonus, namun jika tidak boleh dua bulan, sekurang-kurangnya sebulan.

"Bagaimanapun, ia terserah kepada kebijaksanaan dan kemampuan kerajaan. Kita berharap pemberian bonus ini dapat dipertimbangkan memandangkan keadaan ekonomi negara yang semakin menyakinkan," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau yang ditemui selepas majlis Aidilfitri bersama pegawai Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Sembilan berkata pemberiaan bonus itu sudah pasti dapat meringankan beban tanggungan dan menyuntik semangat baru kepada 1.2 juta penjawat awam di seluruh negara.

Katanya ia juga adalah ransangan bagi penjawat awam untuk menjayakan setiap dasar kerajaan.
"Penjawat awam merupakan tulang belakang kerajaan...jika mereka ceria maka cerialah kerajaan. Saya harap tidak ada pihak yang mempertikaikan pemberian bonus kepada penjawat awam ini kerana jika tidak Cuepacs tidak memperjuangkan, siapa lagi.

"Selain bonus, CUEPACS dipertanggungjawabkan memperjuangkan kebajikan penjawat awam termasuk masalah gaji, elaun, insentif, perubatan, lanjutan umur persaraan dan sebagainya," katanya.

Mengenai isu berlainan, Omar turut meminta kerajaan supaya segera serapkan 14,500 warga Kemas yang berkhidmat secara kontrak ke jawatan tetap memandangkan perkara itu telah lama tertangguh.

"Dalam kedudukan ini, mereka yang terbabit didapati merasa gusar serta dalam
keadaan tidak tenang dan tertekan untuk menjalankan tugas kerana kedudukan mereka yang masih terumbang-ambing dan tidak ada jaminan.

"Perkara ini telah lama dibawa ke pengetahuan kerajaan, namun sehingga kini masih belum dapat jawapan. Oleh itu, kita harap kerajaan dapat mengatasi perkara ini dengan segera, kalau boleh dalam tahun ini juga," katanya. - BERNAMA

Pada aku la kan

**harap2 dapat la tahun nie bonus sbb dah 2 tahun nie menunggu, harap ada sedikit wang saguhati sebagai mengenang titik peluh penjawat awam. ada la sedikit semangat nak bekerja lebih keras pada tahun akan datang


**kalau boleh bonus tahun 2010 ni 2 bulan gaji la, ganti bonus yang 2 tahun sebelum ni yang tak dapat.

**tapi kalau dapat yang pasti kakitangan awam akan bersyukur kehadrat Allah S.W.T dan amat2 berterima kasih dengan kerajaan yang sangat prihatin dengan penjawat awam yang merupakan tulang belakang dimana memastikan kerja2 negara dijalankan dengan sempurna.


**kakitangan awam pasti akan tertunggu-tunggu berita gembira pada pembentangan barjet yang akan di laksanakan nnt.insyaalah, sama-samala kita berdoa

No comments:

Post a Comment