www.advertlets.com

Friday, January 21, 2011

Pesan Ustaz Datuk Haron Din






Pesan Ustaz Haron Din

Seperti yang kite ketahui... Negara kite nie banyak tugu... Antara yang famousnya ialah Tugu Kebangsaan, Tugu Helang Laut kat langkawi dan sebagainya.. Tahukah kawan2 bahawa pada tahun 1993, Mufti wilayah persekutuan telah mengeluarkan fatwa bahawa " segala tugu-tugu itu serta pembinaannya adalah haram... ciri-cirinya menyerupai berhala...dan melawatnya juga adalah haram.. "

Setelah fatwa itu dikeluarkan, maka ia digazetkan bermakna tindakan  undang2 boleh dikenekan kepada sesiapa yang melawat tugu kebangsaan! Tetapi sayang2... pihak atasan tidak suka akan keputusan itu maka disuruhnya pihak mufti menarik balik  fatwa itu...
Setelah berbincang.. . Mufti tersebut tidak mahu menarik balik fatwa  itu...
Maka pihak atasan telah menarik balik gazet tersebut maka apa yang tinggal ialah fatwa sahaja... tiada tindakan undang2 yang boleh diambil...
Menurut kupasan Ust. Harun Din, tugu2 ini boleh mendatang syirik...

Beliau berkata... " bawalah dosa anda sebesar langit dan bumi kepada Allah dan Allah mungkin akan mengampunkannya tetapi jika terdapat walau sedikit/sebesar zarahpon dosa syirik maka Allah tidak akan mengampunkan orang itu..." dan kata beliau lagi... " walaupun kita tidak pergi ke tugu2 tetapi jika kita 'redha' atau tidak melakukan apa2, berdiam diri, maka kita juga akan mendapat dosa tersebut iaitu dosa syirik..."

Contoh kedua yang beliau utarakan dalam perbincangan dosa syirik ini ialah nama negeri perlis iaitu perlis indera kayangan...
" Menurut kamus dewan... indera bermaksud nama tuhan hindu manakala kayangan bermaksud tempat di mana tuhan2 bersemayam.. . maka makna sebenar ialah perlis tempat tuhan hindu bersemayam.. "
Menurut beliau... Nama perlis ini juga menda tan gkan dosa syirik...
Perkara terakhir yang dibincangkan ialah isu perlembagaan negara...

Tahukah kawan2 bahawa... Perlembagaan Negara Fasa ke-14 mengatakan bahawa mana2 undang2 akan terbatal dan tidak boleh dipakai jika ia bertentangan dengan undang2 yang telah dinyatakan di dalam perlembagaan termasuklah undang2 hudud...iaitu undang2 yang dicipta oleh Allah.

Kata beliau seterusnya.. ....
Dosa syirik boleh diakibatkan oleh...
1. Mempertahankan perlembagaan serta undang2 ciptaan manusia dan membuatkannya mengatasi undang2 ciptaan Allah iaitu hudud dll.
2. Menyokong mereka yang mempertahankan perlembagaan.
3. Mereka yang berdiam diri.
4. MEREKA YANG MENGATAKAN BAHAWA HUKUM HUDUD ITU ZALIM ( BERMAKNA ALLAH JUGA ADALAH ZALIM)

Dengan ini selesailah tanggungjawab aku untuk menyampaikan segala maklumat diatas kepada kawan2 sekalian.... Saya berterima kasih kepada kawan2 semua kerana sudi membaca email ini sehingga habis.. Semoga nasihat2 daripada Ust. Harun Din di atas kite renungi bersama dan ambil iktibar.
 

Tuesday, January 18, 2011

Wednesday, January 5, 2011

Harga minyak Ron 97 dan minyak tanah naik - 5 januari 2011




KUALA LUMPUR - Harga petrol RON97 dan minyak tanah masing-masing naik sebanyak 10 sen seliter mulai tengah malam tadi, kata Presiden Persatuan Penjual Petrol Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman.
Beliau berkata, dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 naik kepada RM2.40 seliter (sebelum ini RM2.30 seliter) sementara minyak tanah kepada RM2.50 seliter.
Hashim yang dihubungi berkata, beliau dimaklumkan mengenai kenaikan harga kedua-dua minyak tersebut oleh pihak berkuasa malam tadi.
** tahniah pada rakyat malaysia..pas ni kite tgk apa plak yang naik.sama2 la kita tunggu


(sumber dari kosmo 5 januari 2011)