www.advertlets.com

Showing posts with label kakitangan awam naik gaji. Show all posts
Showing posts with label kakitangan awam naik gaji. Show all posts

Tuesday, October 5, 2010

Gaji Minimum Kakitangan Awam RM49,500 setahun

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Pemuda Barisan Nasional (BN) bersama-sama dengan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan menganjurkan Forum Gaji Minimum pada 13 Okt ini.

Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata forum yang diadakan di Hotel Putra bermula pukul 8.30 pagi itu adalah lanjutan daripada sesi perbincangan bersama wakil daripada dua kesatuan sekerja iaitu MTUC dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) pada 24 Ogos lalu serta maklum balas yang diterima melalui makmal Pemuda BN.

"Objektif forum ini adalah bagi membincangkan dan menghalusi segala pandangan, cadangan serta permasalahan berkaitan dengan pelaksanaan gaji minimum sebelum menghantar segala rumusan terbabit kepada kerajaan," katanya dalam laman blognya www.rembau.net.my pada Selasa.

Khairy yang juga Ketua Pemuda BN berkata pihak penganjur juga menjemput orang ramai untuk menghadiri forum tersebut dan memberi pandangan serta buah fikiran berhubung topik gaji minimum di negara ini.

"Isu gaji minimum adalah suatu yang amat penting bagi seluruh golongan pekerja di Malaysia terutama bagi membantu mereka menangani kos sara hidup dan inflasi yang meningkat di samping memastikan bahawa kebajikan pekerja di negara ini terbela dengan kadar gaji yang setimpal," katanya.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Rembau berkata keperluan ini dilihat semakin meruncing apabila 34 peratus daripada kumpulan pekerja di Malaysia berpendapatan kurang daripada RM700 sebulan, iaitu lebih rendah daripada Pendapatan Garis Kemiskinan Semenanjung iaitu RM720 sebulan.

Malahan, katanya, isu ini menjadi semakin relevan unjuran daripada usaha kerajaan mentransformasi hala tuju serta merancakkan aktiviti ekonomi negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi dengan sasaran kapita rakyat ditahap RM49,500 setahun.

"Ini kerana adalah menjadi kebimbangan Pemuda BN dan MTUC akan risiko pelebaran jurang pendapatan antara yang berpendapatan tinggi dan rendah sekiranya kita masih lagi membiarkan kuasa pasaran menentukan tahap gaji terendah pekerja," katanya.

-- BERNAMA

Pada aku la kan.

harap², kerajaan cepat proses mengenai gaji minimum ni, aku rasa mcm tak larat dah...selalu shot duit aku, tok sah nak tggu akhir bulan..tengah bulan jerk pon dah kering dah...apatah lagi nak menyimpan..


kalau betul2 jadi gaji minimum tu, amat2 berterima kasih la pada kerajaan :)