TIDAK wajar dan tidak bijak bagi CUEPACS menuntut supaya kakitangan kerajaan dilanjutkan berkhidmat hingga umur 60 tahun sebelum bersara wajib.
Biar kita menjadi sebuah negara maju dulu sekurang-kurangnya pada 2020 dan lagi pun masalah graduan dan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ramai yang menganggur dan ini perlu diatasi segera kerana ia mungkin akan membabitkan masalah sosial yang serius jika tidak ditangani dengan bijak. Ketika umur persaraan wajib kakitangan kerajaan dilanjut daripada 56 tahun kepada 58 tahun beberapa tahun dulu, kita dapat lihat kesannya di mana bertambahnya pengangguran dengan mendadak. Lagi pun kalau diamati pekerja yang sudah lanjut umur prestasinya menurun dan kemampuan serta kecekapannya tidak setanding pekerja muda dan berkebolehan menggunakan komputer serta peralatan canggih lain. Rasa malas dan dan jemu mula terasa bagi kakitangan awam dalam lingkungan umur lewat 50-an dan ada antara mereka ini langsung buta komputer.
Eloklah kerajaan berjimat cermat mengambil pekerja baru dan bertenaga serta mempunyai kecekapan luar biasa dengan gaji jauh lebih rendah daripada membayar empat kali ganda jika pekerja berumur 60 tahun masih lagi bekerja. Jika ingin pun untuk melanjutkan persaraan kakitangan awam, biarlah mereka yang bertaraf profesional seperti dalam bidang kedoktoran, kejuruteraan atau bidang kritikal tertentu kerana kepakaran mereka itu yang kita mahukan.
Diharap CUEPACS tumpukan tuntutan lain yang mampu memberi manfaat seperti tuntutan gaji lebih setimpal dengan keperluan hidup terutama sekali di mana harga barangan keperluan asas untuk keluarga semakin meningkat.
SYED ABDULLAH SYED OSMAN JAMALULLAIL,
Ampangan, Seremban
Pada aku la kan
** memang betul ramai graduan yang menganggur sekarang ni...tgk kat kawan² aku jerk la, ramai yang ader degree dan diploma, keputusan pon 3.0 keatas gak la, tapi dah dekat 2 bulan...kojo pon takder lagik
**harap kerajaan pandang serius perkara ni...sbb golongan muda skrg ni memang terror² IT belaka berbanding orang² lama, zaman sekarang ni sume pakai komputer beb.
www.advertlets.com
Showing posts with label bersara 60 tahun. Show all posts
Showing posts with label bersara 60 tahun. Show all posts
Tuesday, September 21, 2010
Sunday, September 19, 2010
CUEPACS MAHU PENJAWAT AWAM DIBENAR BERKHIDMAT SEHINGGA USIA 60 TAHUN
KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Kerajaan diminta menaikkan umur persaraan daripada 58 kepada 60 tahun bagi 1.2 juta penjawat awam di Malaysia supaya seragam dengan amalan negara lain di rantau ini.Presidennya, Omar Osman berkata sehingga kini, Malaysia masih ketinggalan di belakang negara jiran yang mempunyai umur persaraan antara 60 dan 62 tahun.Beliau berkata sehubungan itu, Cuepacs berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan, akan meluluskan cadangan itu dan mengumumkannya ketika pembentangan Bajet 2011 bulan depan.
"Kami telah meminta supaya umur persaraan dinaikkan kepada 60 tahun sejak beberapa tahun lepas, dan pada 2006, kami menyerahkan satu memorandum berhubung perkara itu, namun kerajaan hanya bersetuju menaikkannya sehingga 58 tahun."Justeru, kami harap kerajaan boleh mempertimbangkannya kerana ia satu opsyen dan bukan wajib, seperti juga apabila umur persaraan dinaikkan daripada 56 kepada 58 tahun, ia satu opsyen, bukannya automatik," katanya kepada Bernama dalam satu temubual.Kerajaan juga, katanya, perlu memastikan bahawa umur persaraan di Malaysia seragam dengan apa yang diamalkan di negara jiran seperti Brunei, Singapura, Thailand dan Indonesia.Umur persaraan bagi Thailand, Brunei dan Indonesia ialah 60 tahun, manakala di Singapura 62 tahun.Kali terakhir isu mengenai umur persaraan dibangkitkan di negara ini ialah pada 2008, iaitu sebelum ia dinaikkan kepada 58 tahun.
Omar berkata, baru-baru ini, pemain industri perbankan tempatan telah bersetuju menaikkan umur persaraan pekerjanya dan ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia masih mampu menyumbang kepada ekonomi negara meskipun umur persaraan dinaikkan kepada 60 tahun."Graduan baru atau mereka yang masih mempunyai tahun perkhidmatan yang panjang sebagai penjawat awam tidak perlu bimbang. Kita perlu bersikap terbuka kerana ia satu opsyen dan bukannya wajib," katanya.Beliau berkata ini kerana kepakaran serta pengalaman penjawat awam masih diperlukan, dan dengan menaikkan umur persaraan, ia mampu memberi pilihan kepada mereka yang berpengalaman untuk terus berkhidmat kepada negara."Kami tidak pasti jika kerajaan akan menerima cadangan ini, namun kami berharap ia akan dipertimbang dan diputuskan secepat mungkin," katanya.-- BERNAMA
pada aku la kan
**agak²nya ptt ke kerajaan luluskan permintaan cuepecs ni?...ssh la kami² yang keje kerajaan ni nak naik pangkat kalau taraf umur perasaan di tambah...
**lagi satu kesian kat diorg yang tunggu² spa ni nak masuk dalam perkhidmatan kerajaan, nak kene tggu org² yang ptt bersara awal ni bersara bila usia cecah 60 tahun...ermmmm
**pendapat korang mcm mane??

Subscribe to:
Posts (Atom)