www.advertlets.com

Sunday, February 13, 2011

Roboh: AMK dakwa Utusan bohong


Ehsan Harakah daily, Utusan Malaysia Bohong orang - orang kampung
Roboh: AMK dakwa Utusan bohong
Fakhri Ali   
BUKIT MERTAJAM,13 Feb: Akhbar Utusan Malaysia sekali lagi dibidas oleh Angkatan Muda
Keadilan (AMK) Pulau Pinang setelah memaparkan berita bertajuk ' MPSP roboh 1,000 gerai'
sepertimana yang tersiar pada 8 Februari yang lalu.
Ketua AMK Pulau Pinang, Amir Ghazali semasa ditemui berkata berita dan angka yang dipaparkan
tidak benar dan berunsur fitnah untuk mengaibkan kepimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang
yang diterajui oleh Pakatan Rakyat (PR).
Amir juga berkata, statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Direktorat Majlis Perbandaran
Seberang Perai (MPSP) menyatakan hanya 10 buah premis sahaja yang dirobohkan oleh pihak
penguatkuasa MPSP pada hari kejadian iaitu 7 Februari yang lalu.
"Apa yang cuba ditimbulkan oleh akhbar tersebut adalah untuk mensensasikan isu perobohan
gerai yang ternyata dilaksanakan sepertimana yang dinyatakan dalam undang-undang
penguatkuasaan pihak berkuasa tempatan tersebut.
"Dalam operasi yang dilaksanakan MPSP telah bertindak mengikut garis panduan yang diberikan.
Mereka juga tidak berpihak kepada mana-mana peniaga. Sebaliknya jumlah gerai yang
dirobohkan melibatkan 4 kepunyaan orang Melayu, 2 Cina, 1 India dan selebihnya adalah
milik warga asing, " katanya lagi.
Beliau yang juga Ahli Majlis MPSP memberi jaminan usaha sedang dilaksanakan bagi
menempatkan semula peniaga yang terlibat di satu lokasi yang akan dikenal pasti dalam kawasan
yang sama bagi memberi peluang kepada mereka meneruskan perniagaan.
Namun begitu, katanya, ia memerlukan sedikit ruang sebelum proses pelaksanaannya dijalankan.
Amir juga mengingatkan Umno dan Barisan Nasional khususnya di Pulau Pinang supaya
tidak mengeruhkan suasana dengan mengapi-apikan para peniaga melalui penyiaran berita
mereka bagi menimbulkan kebencian masyarakat kepada Kerajaan Negeri.
Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Tengah,
Ong Chin Wen serta para peniaga yang terlibat dalam perobohan gerai mereka baru-baru ini.